Tentang Kami
Selamat datang ke Alaufa
"Di Alaufa, kami percaya bahawa tubuh badan anda adalah anugerah berharga"
Tuan Auzani Manah
Pengasas Alaufa
Selamat datang ke Alaufa, jenama yang berdedikasi untuk membawa anda lebih dekat kepada kesihatan yang lebih baik secara semula jadi. Di Alaufa, kami percaya bahawa tubuh badan anda adalah anugerah berharga, dan setiap individu layak untuk menjalani kehidupan yang sihat, harmoni, dan seimbang.
Tuan Auzani Manah, pengasas Alaufa, adalah antara peneraju dalam bidang perubatan alternatif bagi masalah gastrik. Beliau yang dulunya pernah mengalami sendiri gejala gastrik dan berjaya pulih dengan kaedah rawatan beliau sendiri dan kini berkongsi kaedah rawatan tersebut melalui jenama Alaufa.
Selepas tamat pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Bio Kesihatan, beliau meneruskan pendidikan dan penyelidikan dalam rawatan alternatif dan lahirlah jenama Alaufa pada tahun 2014. Kini Alaufa beroperasi sepenuhnya di negeri Kelantan.
Beliau komited untuk menyediakan alternatif terbaik dalam rawatan gastrik dengan menggunakan kebaikan semulajadi. Dengan keyakinan pada produk yang bermutu tinggi, Tuan Auzani memastikan setiap produk Alaufa memenuhi piawaian kualiti yang ketat, mewakili inovasi, penyelidikan berterusan, dan kesedaran terhadap kepentingan merawat gastrik untuk hidup ceria dan bahagia.
Misi Kami
Misi kami adalah menyediakan penyelesaian kesihatan semula jadi yang berkualiti tinggi untuk membantu anda mencapai kehidupan yang lebih sihat dan seimbang.
Komitmen Kami
Alaufa komited untuk menyokong perjalanan anda ke arah kesejahteraan holistik dengan produk yang selamat, berkesan, dan berasaskan semula jadi.
Semula Jadi
Dirumus dengan teliti menggunakan bahan semula jadi berkualiti, seperti herba dan ekstrak tumbuhan,
Kepercayaan
Mematuhi piawaian dalam memastikan produk kami adalah selamat, dan berkesan.
Keseimbangan Hidup
Mari mencapai keseimbangan fizikal, mental, dan emosi melalui rangkaian produk menyeluruh.
Barisan Khidmat Pelanggan
Pn. Nurul Najihah
Khidmat Pelanggan
En. Kamarul
Khidmat Pelanggan
Pn. Amira
Khidmat Pelanggan
Pn. Huda
Khidmat Pelanggan
Pn. Wani
Khidmat Pelanggan